Monday, December 31, 2007

M.A.L.U.

I rarely post an entry like dis one...but this poem i found somewhere, kind of attract my attention...it's about Malu...malu itself is a big word...when i was reading thru , i realized dat i was d one yg tbe2 rse malu coz i havent rili fulfilled wut is expected of a girl n a muslim..hmm...let's reflect 2gether...


Aduhai, setiap wanita dikurniakan ALLAH
swt dengan sifat MALU,
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya,
Kerana Malu si wanita tahu menilai
batas-batas sosialnya,
Kerana MALU juga si wanita gagal
diperdayakan pujukan nafsu,

Kini si wanita itu sudah hilang
MALUnya,
Kerana hilang MALU itu terdedahlah
auratnya lantas kehormatan dirinya
tergadai,
Kerana hilang MALU itu si wanita gagal
menilai apa itu HARAM dan apa itu
HALAL,
Kerana hilang MALU itu si wanita lemas
dan hanyut dengan tipu daya nafsu,

Aduhai..setiap lelaki juga dikurniakan
oleh ALLAH swt sifat malu,
Kerana MALU, si lelaki nasihatkan diri
dan si wanita agar bersama-sama jaga
maruah diri dan MENJAGA AURAT,
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan
diri
dan si wanita tentang batas-batas
sosial
pergaulan,
HALAL dan HARAM tu kena INGATI,
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan
mendidik nafsunya,
JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA.
Selalu mengingatkan dengan berkata "
TAKUTLAH AKAN ALLAH"

Kina si lelaki sudah hilang MALUnya,
Kerana hilang MALU itu si lelaki
MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR,
Kerana hilang MALU itu si lelaki lupa
tentang HUKUM ALLAH swt,
Kerana hilang MALU itu si lelaki
mungkin
hilang taraf khalifahi,

Sabda Rasulullah saw,SESUNGGUHNYA MALU
ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah
menzalimi diri dengan meletakkan MALU
itu bukan pada tempatnya,

MALULAH kamu pada ALLAH swt kerana
ingkar akan suruhanNY..
MALUlah kamu dengan RASULULLAH saw
kerana meninggalkan sunahnya,
MALUlah kamu kerana lupa dan malas
membaca AL-QURAN,
MALUlah kamu kerana tidak menghormati
GURU,
MALUlah kamu kerana melawan kata IBU
BAPA,
MALUlah kamu atas DOSA-DOSA kamu..!!

Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari FAHSYAR dan
MUNGKAR!!!

****************************
Nabi S.A.W bersabda: "Sampaikan dariku
walau satu ayat sekalipun.."(HR
Bukhari an Tirmizi)

No comments: